KATA UCAPAN
Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Madam Noorizda Emellia Binti Mohd Aziz kerana memberi sepenuh kepercayaan, dorongan dan sokongan, tunjuk ajar serta bimbingan kepada kami untuk menjayakan tugasan berkumpulan bagi subjek MPU 3243 Keusahawanan. Seterusnya, ucapan terima kasih juga kami tujukan kepada Puan Norazian kerana sudi meluangkan masa untuk ditemuramah oleh pihak kami mengenai kejayaan beliau sebagai seorang usahawan bumiputera yang berjaya di Malaysia. Pada 8 September 2020 yang lalu, kami telah membuat temujanji dengan Puan Norazian bagi menemuramah beliau tentang kejayaan yang telah beliau miliki sehingga ke harini.
SESI TEMURAMAH USAHAWAN
Nama : Norazian Binti Idris
Tarikh lahir : 14 September 1976
Tempat lahir : Kuala Lipis, Pahang
Nama kedai : Warung Sup Tok Ayah
Alamat kedai : No.2, Lrg Sg Karang Maju 6,Tmn Sg Karang Darat 2,
Kuantan By Pass 26100, Kuantan Pahang
E-mel : zaharudin1977@gmail.com
Puan Norazian merupakan seorang pengusaha sebuah kedai makan Warung Sup Tok Ayah di Kuantan,Pahang. Beliau mula berniaga pada tahun 2010 sehingga kini dan sudah hampir 10 tahun beliau mengusahakan perniagaan Sup Tok Ayah. Beliau juga menjadikan perniagaan kedai makan ini sebagai sumber pendapatan beliau. Menurut Puan Norazian, nama Sup Tok Ayah ini merupakan inspirasi daripada nama panggilan bapa mertua beliau yang mana merupakan panggilan nama manja bagi orang Kelantan kepada seorang bapa. Tambahan lagi, nama Tok Ayah ini sudah sinonim dalam kalangan masyarakat sama ada di Kelantan atau di Kuantan dan nama ini juga mudah untuk diingat.
KEDAI WARUNG SUP TOK AYAH
No comments:
Post a Comment